Mengenai Aplikasi GovChat
GovChat adalah aplikasi pemesejan segera kerajaan dan merupakan medium komunikasi kerajaan yang eksklusif dan selamat.
Pembangunan aplikasi GovChat telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemodenan dan Pendigitalan Sektor Awam (JPPSA) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 16 Julai 2020.
Pembangunan aplikasi GovChat juga dilaksanakan secara dalaman dan pendekatan ini telah dipersetujui melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemodenan dan Pendigitalan Sektor Awam (JPPSA) pada 9 Nov 2020.
Pelaksanaan aplikasi GovChat secara rintis telah bermula mulai Mac 2021.
Penggunaan media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Twitter dan Telegram sebagai salah satu medium penyampaian dokumen dan maklumat rahsia rasmi Kerajaan merupakan kaedah yang tidak selamat serta bertentangan dengan peruntukan di perenggan 131, Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017).
Penjawat awam perlu sentiasa melindungi serta menjaga kerahsiaan dokumen dan maklumat rahsia rasmi Kerajaan dan tidak menggunakan medium media sosial umum untuk menghantar dokumen atau maklumat rahsia rasmi Kerajaan.
Penjawat Awam juga boleh melayari Portal Informasi GovChat di https://gcinfo.jdn.gov.my untuk mendaftar sebagai pengguna GovChat. Pendaftaran perlu menggunakan emel rasmi Kerajaan.
Penjawat awam boleh mengakses GovChat melalui dua (2) cara iaitu:
a) Versi web melalui https://gc.jdn.gov.my
b) Versi mobile (Android dan iOS) dengan memuat turun fail APK dan IPA melalui Portal Informasi GovChat iaitu https://gcinfo.jdn.gov.my
GovChat merupakakan Instant Messaging yang boleh digunakan secara kendiri. Antara ciri-ciri GovChat:
a) Berbual secara peribadi (1-1) atau berkumpulan.b) Berkongsi mesej berbentuk teks, dokumen, imej, audio, dan video.
c) Berkongsi dokumen yang besar sehingga 100MB (per dokumen)
d) Fungsi perbualan audio dan video / video conference.
e) Fungsi AI iaitu GCBot (Chatbot) yang berintegrasi dengan sistem dasar JDN.
f) Penyimpanan data komunikasi yang selamat di Pusat Data Sektor Awam.
g) Saluran umum untuk hebahan rasmi kerajaan.
Semua penjawat awam yang mempunyai email rasmi *.gov.my boleh mendaftar secara kendiri. Bagi pengguna yang mempunyai email selain domain tersebut sila berhubung dengan pentadbir GovChat.
Pengguna yang terlupa kata laluan boleh menukar kata laluan dengan menekan pautan Reset Password dan memasukkan emel yang digunakan semasa pendaftaran. Pautan Reset Password terdapat pada halaman log masuk GovChat. Pengguna akan menerima arahan melalui emel untuk menetapkan semula kata laluan dan seterusnya log masuk menggunakan kata laluan yang baru.
Pengemaskinian status pengguna boleh dibuat setelah pengguna berjaya log masuk ke aplikasi GovChat.
a) Pengguna perlu klik pada menu Profile yang merupakan ikon Avatar pengguna.
b) Seterusnya klik pada menu My Account.
c) Klik pada menu Custom Status dan Edit status sedia ada.
Untuk melihat perubahan kemaskini yang dibuat pada Profile dan Status diaplikasi GovChat mobile, pengguna perlu melaksanakan 'Clear local cache' yang terdapat pada fungsi 'Settings' pada menu di skrin utama.
Perbualan kumpulan boleh dicipta dengan menggunakan kaedah tersebut:
a) Kenalpasti individu yang ingin dimasukkan ke dalam perbualan.
b) Klik ikon dan isikan maklumat seperti nama kumpulan dan cari individu yang hendak dimasukkan ke dalam kumpulan.
c) Kumpulan perbualan tercipta.
Buat ketika ini, kesemua data perbualan di simpan di dalam Pusat Data Sektor Awam, JDN.
Ya, aplikasi ini mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti penggunaan End-to-end Encryption atau E2E yang digunakan di dalam perbualan rahsia (dalam pembangunan).
Untuk mendapatkan paparan terbaik, pengguna digalakkan menggunakan pelayar Google Chrome, Mozilla Firefox dan Mlicrosoft Edge versi terbaharu.
Jika pengguna mempunyai masalah fungsi aplikasi GovChat mobile (Android) yang pegun atau tidak bertindak balas, pilihan berikut boleh dilaksanakan :
a) Pilihan 1: Pengguna perlu menutup aplikasi GovChat tersebut sepenuhnya dan membuka kembali aplikasi.
b) Pilihan 2: Di skrin utama aplikasi GovChat, pilih ikon Menu, Settings dan Clear local server cache. Pilih butang Clear.
c) Pilihan 3: Restart kembali telefon pintar dan buka kembali aplikasi GovChat.
Masalah ini sering terjadi bagi pengguna mobile Android versi 8 dan ke bawah dan sesetengah jenama telefon untuk memuat turun fail APK di portal GAMMA. Pengguna di nasihatkan menggunakan pelayar Samsung Internet Browser bagi pengguna telefon mudah alih Samsung atau pelayar lain selain Google Chrome.
Penjawat Awam boleh mempelajari penggunaan GovChat melalui Manual Pengguna yang disediakan dan juga Video Penggunaan GovChat (versi Web, iOS dan Android) pada Portal Informasi GovChat di https://gcinfo.jdn.gov.my.
GCMeet adalah fungsi Sidang Video (Video Conferencing) di dalam aplikasi GovChat.
Jumlah had yang ditetapkan bagi GCMeet adalah 10 pengguna/sesi untuk sambungan audio dan video yang baik. Walaubagaimanapun, kualiti audio dan video yang diterima pengguna juga bergantung pada capaian internet yang dimiliki oleh pengguna. Bagi pengguna yang mempunyai sambungan internet yang kurang baik, boleh 'Enable Audio Only' di peringkat pengguna (client side).
GCBot adalah fungsi AI GoChat yang berintegrasi dengan Sistem Repositori Dasar dan PKPA JDN. GCBot berupaya memberi respond terhadap kata kunci yang dimasukkan untuk membuat carian Dasar/PKPA JDN kepada pengguna GovChat.
Penjawat Awam boleh menyalurkan sebarang aduan, pertanyaan dan maklum balas mengenai aplikasi GovChat melalui Meja Bantuan aplikasi GovChat yang disediakan pada Portal Informasi GovChat di https://gcinfo.jdn.gov.my.
Penjawat Awam boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai GovChat dengan melayari Portal Informasi GovChat di https://gcinfo.jdn.gov.my.
Pentadbir GovChat boleh dihubungi melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..